Ahad, 7 November 2010

Jelmaan Putra (Edisi 1)

"Hang jangan buat hal bro, kalau hang mai sini, jangan buat macam kampung hang, ikut kepala hang ja...." jerkah putra syamie pada Din. Kelihatan mata Din pejam celik, terkejut dengan suara  putra yang kuat dan lantang terus menusuk ke telinga Din yang selama ini digelar PA pada Putra. Keheningan petang tu membuat semua penghuni rumah itu menjadi terdiam.Putra kelihatan sedang mengemas biliknya yang agak berselerak selepas bergaduh mulut dengan Din.Semua gambar didinding bilik berterabur di lantai rumah teres 2 tingkat yang di huni mereka. Mata putra masih terus menjeling ke arah Din, tanpa berkelip, walaupun sesaat.

" Hang jangan nak lebih, biaq aku yang uruskan semua tu.Jangan pandai-pandai nak buat keputusan sendiri sebelum aku buat keputusan dari mulut aku sendiri. Zana milik aku, hang jangan pandai-pandai nak melebih-lebih. Dia dah lama aku kenai, mak ayah dia pun aku dah kenai, so jangan nak pandai nak aturkan apa-apa perancangan yang belum di persetujui olh aku "PUTRA SYAMIE". Faham ka dak hangpa semua" Bebelan putra membuatkan semua terkejut dengan bebelan panjang yang dibuat oleh Putra Syamie.


Tiba-tiba Niz mencelah semasa Putra masih membebel. 
" Ala Putra, setakat benda macam ni pun nak bising, jangan kecohla...orang lain pun ada awek, kalau berani, masuk meminang jela senang-senang.tengok macam jue, terus ja merisik ngan meminang.Jangan cakap saja, kalau nak tolong sangat Zana tue, buatla kerja, buat resume dia, pastu hantarla kat office Pos Malaysia yang hang kata tue, tak yah la dok cakap kosong.Jangan pemimpin yang penuh dengan janji kosong. rakyat meluat dengan sandiwara yang penuh dengan kata-kata tanpa sebarang perubahan yang dibuat." Sound Niz kepada Putra. Suasana dalam rumah petang tu bertukar jadi kecoh, dengan kehadiran rakan-rakan sekerja lain yang tumpang lepak di rumah teres 2 tingkat tue,...

Semua menjadi terkejut melihat kekecohan yang berlaku dalam rumah tu.Gambar-gambar gadis pujaan Putra berterabur dilantai, terbongkarlah segala rahsia yang selama ini disimpan tersemat didalam diri Putra.Dengan muka yang merah padam, Putra dengan selamber Putra  mengutip semula gambar-gambar yang bertaburan di lantai tadi.Sedikit pun tak tergambar di wajahnya untuk meminta maaf kepada Din atas kekasaran yang berlaku. Di petang itu jugalah terbongkar lah siapa sebenarnya Putra. Selama ini Putra hanya berdiam diri tanpa membenarkan sesiapa pun masuk ke bilik tidurnya.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Kembali

Salam kembali,

Sorry sebab dah lama aku tak update blog aku nie, tak tahu la ada ke tak pengikut yang nak jengok2 blog nie... Thanks pada Anastasyea sebab sudi singgah sekejap kat blog aku nie.. Sejak beberapa bulan nie, aku sibuk dengan kerja je.. OT sampai berlebih, penat dibuatnya.Terpaksa la cover banyak keje. Bukan ape, sebabnya tak cukup orang.Firstly, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana menjuara PIALA MALYSIA 2010. Memang menarik gol yang dijaringkan. Tidak lupa juga aku ucapkan kepada pasukan kedah yang berjaya ke separuh akhir. Berdasarakan barisan player yang muda-muda belaka, ia sudah cukup memberi satu semangat baru untuk pasukan kedah menonjolkan bakat-bakat baru yang mampu mencorakkan arena bola sepak negara. Sekali lg diucapkan, terima kasih! terima Kasih ! terima kasih... hehe.... mcm pengulas bola plak... Baru-baru ini juga, aku ada main bowling bersama rakan-rakan kerja, mari tengok beberapa gambar yang aku sempat snapkan dalam blog aku kali nie..






Ahad, 22 Ogos 2010

Korang sanggup ke buat macam nie?


                                                    Mula-mula dibelai kucing nie.....


                                Dipijaknya anak kucing tadi.... ntah manusia jenis ape la..


                        Em...Dah lembik anak kucing nie... kesian dia.. ntah2 dah mati...


                                Lepas tu...Dipijak dengan tumit tinggi kasutnya ke mata kucing

                            Sampai jadi macam nie... Ya Alllah....tgok gambar bawah nie..

 
 Hancur berkecai.. nampak tak mata kucing tu.... ee,,,,,


Jangan kamu menyangka bahawa Allah lalai terhadap apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Hanya sanya Allah menangguh (balasan terhadap) mereka ke hari yang mata-mata terbeliak (Hari Kiamat) … “


Cerita dipetik dari :
http://suarapeople.blogspot.com/

Sabtu, 21 Ogos 2010

PROTON WAJA BARU


Cantik tak waja baru? macam evo kan? ha.. ni la yang terbaru... Sekarang kat proton tengah reseacrh part-part dia la. Vendor-vendor semua tengah kelam kabut nak bikin  paower skit ketahanan part-part dia.



Spin - Sejuta Maaf (unreleased track)

Siapa bilang tak sayang GF.







20/08/2010 (Jumaat) / 10 Ramadhan 1431 :
Semalam masa aku tangah serabut macam-macam.Awek aku call nak borak jap, em... natahla macam mana boleh gaduh.Susah tau kalau awek aku nie marah atau merajuk.Kata orang kalau api tengah marak, tak boleh simbah dengan minyak, nati makin tinggi la apinya.. So terpaksa la aku sabar, walaupun aku tak boleh duduk diam.Awek aku nie memang susah nak reda marahnya.Tapi aku tau dia sayang aku lagi.... tapi kalaulah sebaliknya jadi... Aku terpaksala redha dengan keadaan yang akan terjadi. Bukan ape, nak paksa orang sayang kita bukan mudah and nak sayng orang oun bukan mudah, bukan macam makan kacang.Buang kulit merata-rata.


21/08/2010 (Sabtu) / 11 Ramdhan 1431 :
Malangnya aku pagi tadi aku terjaga dari tidur....em, dah 6.30pagi. Aku terlepas sahur. Sedih giler aku, dahla semalam aku berbuka makan sikit je.Em, kalu leh sahur makan buah kurma pun dah cukupla... tapi nie... ape pun tak makan.Dahla kena OT pagi nie. Dahaga la aku nanti.Apa buleh buat, awek aku masih merajuk lagi... Nie la keadaan aku kena sampaila ke petang tadi. Aku balik kerja awal, ingat nak gi cari handphone murah ja,, aku gaduh semalam sebab aku ngah bengang ngn handphone aku, tengah  duit aku kurang, jadi plak handphone aku rosak.


Handphone ni la rosak... sebab dia, aku gaduh.... :-(


Sampai je dalam The Store, nampak plak handphone mahal. Rasa macam nak beli pulak. Tapi duit tak ada, aku pinjam kat abg kay umah aku tue, RM100 je bajet nak beli handphone bawah harga RM100. Mujur la ada handphone NOKIA 3310. Kaulah penyelamat duit  aku. Aku pun dengan selamba kuarkan handphone aku yang rosak tu.


"Amoi, boleh you check apa rosak handphone i ni, tak boleh on la" Kata aku pada amoi yang comel tak comel tue... huhu.Dia terus blah gi ke mana ntah dengan handphone biru aku tue. Kata orang handphone tu, baling anjing pun handphone tu tak jadi apa.


Dalam 15minit kemudian, amoi tu muncul semula. 


"Abang, ini handphone batery saja rosak." Kata amoi tu pada aku.


Hehe.. ape lagi aku terus tersenyum panjang. Lalu aku berkata pada sorang lagi amoi...


"Selamatla duit i, tak jadi la angkat ini handphone baru.. sorry ya.." Amin....


Aku terus meninggalkan amoi tu. Bengkek je muka dia tengok aku blah. Aku meneruskan gerak aku ke bazar ramadhan untuk beli makanan untuk berbuka.


Aku sedih hari ni, selalunya awek aku akan telefon aku bagitau dah boleh berbuka. tapi hari ni semuanya tak berlaku, sperti juga sahur tadi pagi. 
Aku tetap menunggu kepulangan suaranya dari sound handphone NOKIA 3310 aku tue walaupun dia dah ketinggalan zaman....






Aku still menunggu suara itu, dan merharap dia memaafkan aku.Ini cerita tiada kena mengena dengan orang ketiga atau kurang bagi kasih sayang ataupun sebagainya...